Thursday, 3 December 2015

MINGGU PERTAMA



Praktikal Minggu Pertama ( 30 Nov - 4 Dis 2015) 

Assalamualaikum , Ini merupakan minggu pertama saya menjalani latihan industri di syarikat NVE solutions yang terletak di Bandar Perda .Apabila telah melapor diri saya mengambil inisiatif sendiri dengan mencari wesbite syarikat dan  untuk mencari maklumat syarikat . Pada hari pertama , pihak syarikat mengadakan mesyuarat untuk memaklumkan kedatangan tujuan saya disana , saya telah diserahkan kepada Puan Siti Zaleha atau lebih mudah dengan panggilan kak leha ,beliau merupakan juruteknik  , beliau ditugaskan oleh Encik Rozidi untuk memantau dan membantu saya sepanjang menjalani latihan industri di sana .Dibawah Ini merupakan laman utama Syarikat disini saya dapat melihat  produk atau sistem syarikat ,aktiviti syarikat dan disini pengguna boleh memuat turun sistem yang dikehendaki .

Selain itu,pada minggu pertama saya telah dibawa untuk mengikut salah seorang juruteknik membuat lawatan ke sekolah supaya saya dapat kenal pasti sistem yang di pasang di SMK Tunku Abdul Rahman disamping dapat melihat dan mendengar cara penerangan kepada pihak sekolah.



                                                                                   


*Kemahiran yang saya perolehi , harus mempunyai inisiatif untuk mencari sendiri dan menunjukkan minat dalam sesuatu pekara, selain itu harus bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan dan situasi disamping bagaimana cara untuk mengetahui sistem yang digunakan.

 


*Impak dan Kesannya , banyak maklumat yang saya perolehi dan faham apabila melayari website dan saya dapat belajar serba sedikit tentang bagaimana untuk install sistem di sekolah.

No comments:

Post a Comment