Thursday, 31 December 2015

MINGGU LIMA

Praktikal Minggu Kelima (28 - 31 Disember 2015)


Assalamualaikum , ini merupakan minggu kelima saya di Syarikat NVE Solutions ,  Seperti biasa perjumpaan pagi masih berlangsung , Saya berasa kagum dengan cara Keperhatinan  En Rozidi kepada pekerjanya dan termasuk saya , perhimpunan pagi yang diadakan bertujuan untuk berbincang tentang masalah , respon dari pihak sekolah dan juga masalah yang dihadapi oleh stafnya sendiri . 

Pada sepanjang minggu ini saya diberikan tugasan untuk Fotostat dokumen dokumen syarikat untuk tujuan kegunaan Encik Rozidi Selain itu En Rozidi turut meminta saya untuk Mengemas kini dan Menyusun Semula Laporan Tahunan Syarikat . Dan seperti biasa Gambar pelajar dan guru  yang diberikan oleh pihak sekolah perlu diasing dan dilekatkan pada kertas A4 . 

saya memuat naik data pelajar




                          Tugasan melekat gambar gambar yang diambil dari pihak sekolah 
                                  di  lekatkan pada A4 sebelum discan masukk ke dalam laptop. 


Kemahiran yang saya perolehi, menggunakan mesin fotostat  . 

Impak dan kesannya sebagai seorang yang beragama islam dimana sekalian pun sebagai umat islam kita tidak harus melupakan hal hal agama kerana rezeki yang datang adalah dengan izin yang maha Esa .

Friday, 25 December 2015

MINGGU EMPAT

Praktikal Minggu Keempat (20 - 24 Disember 2015)

 Ini merupakan minggu keempat saya di syarikat NVE Solutions , Pada minggu ini syarikat menghadapi sedikit masalah tekniknal , beberapa kali mesyuarat diadakan pada sepanjang minggu tersebut setelah perbincangan demi perbincangan bos telah memutuskan untuk mempekenalkan rancangan baru yang turut merupakan penyelesaian kepada masalah yang berlaku . 


 Masalah : Staf perlu pergi ke sekolah untuk tujuan pemasangan sistem  .

 Penyelesaian :  Mengikut perancangan yang baru , Satu cara pemasangan Sistem Automasi yang 
                           dilakukan Secara Online akan diperkenalkan , ini memudahkan staf dan
                           turut  menjimatkan  perbelanjaan untuk tugasan luar . 




Selain itu  , Saya ditugaskan dan diajar untuk membuat pesanan barang , disamping itu saya turut ke kedai alat tulis untuk membuat tempahan tempat sarung plastik yang digunakan untuk meletak kad .

Tugasan yang seterusnya ialah fotostat kertas dan dokumen yang diminta oleh Encik Rozidi



                                  Fotostat kertas dan dokumen yang diminta oleh Puan Zunaida

Kemahiran yang saya perolehi , Kemahiran untuk membuat pesanan serta kemahiran menggunakan mesin fotostat

Impakk dan kesannya , Setiap masalah yang berlaku boleh diselesaikan melalui perbincangan . 

Friday, 18 December 2015

MINGGU TIGA

Praktikal Minggu Ketiga ( 14 - 18 Disember 2015 )


Alhamdulilah , ini merupakn minggu ketiga saya berada di syarikat NVE pada minggu ini saya diberikan tugasan :

- Mengasingkan Gambar pelajar
   Gambar pelajar yang diberikan oleh pihak sekolah perlu diasingkan mengikut kelas dan Tingkatan masing
   masing .

- Melekat gambar Pelajar
  Gambar gambar yang telah siap diasingkan perlu dilekatkan diatas kertas A4 untuk discan ke  
   dalam laptop sebelum dicrop untuk digunakan semasa design kad .

- Memuat naik data pelajar .
   Data pelajar yang diambil dari pihak sekolah perlu dimuat naik kedalam database sistem .

- Tugasan Luar
   Mengikut staf  ke  sekolah  di Sungai Petani untuk tujuan  pemasangan sistem .
    Selain Itu taklimat  berkaitan sistem turut diberikan kepada guru guru yang bertugas .

   Sesi Fotografi turut dijalankan untuk mengambil gambar pelajar dan guru untuk digunakan   
    pada kad keahlian 
           Melekat gambar pelajar yang telah siap diasingkan  mengikut kelas dan tingkatan . 

Kemahiran yang saya perolehi ,  saya lebih mahir untuk mengemaskini penyata akaun syarikat supaya seimbang dan saya mengamalkan prinsip 5S .

Impak dan Kesannya , saya memperoleh ilmu tentang untuk mngendali penyata akaun dan kita sebgai pekerja harus memastikan keadaan tempat kerja selamat dan selesa

Friday, 11 December 2015

MINGGU KEDUA

Praktikal Minggu Kedua (7- 11 December 2015 )


Ini merupakan minggu kedua saya menjalani latihan industri di NVE Solution , komunikasi antara staf dan saya telah bermula kerana saya mula diberikan tugasan  seperti megemaskini penyata akaun syarikat dan menulis payment voucher tentang wang yang keluar masuk di dalam akaun perlu menyediakan satu laporan penyata akaun dalam bentuk microsoft  excel . Selain itu , saya turut  menyertai mereka untuk tugasan luar contoh saya telah pergi ke SMK Bakti Kepala Batas untuk membuat penerangan tentang jualan sistem kepada pihak sekolah





Borang Klaim yang perlu di isi oleh staf apabila menjalankan tugasan luar ke sekolah.
   Kemahiran yang saya perolehi , Cara Untuk Menggunakan Borang klaim .Selain itu  tahu cara menyediakan laporan dalam Microsoft Excel . 

Impak dan Kesannya , mempelajari sesuatu yang baru .  




Thursday, 3 December 2015

MINGGU PERTAMA



Praktikal Minggu Pertama ( 30 Nov - 4 Dis 2015) 

Assalamualaikum , Ini merupakan minggu pertama saya menjalani latihan industri di syarikat NVE solutions yang terletak di Bandar Perda .Apabila telah melapor diri saya mengambil inisiatif sendiri dengan mencari wesbite syarikat dan  untuk mencari maklumat syarikat . Pada hari pertama , pihak syarikat mengadakan mesyuarat untuk memaklumkan kedatangan tujuan saya disana , saya telah diserahkan kepada Puan Siti Zaleha atau lebih mudah dengan panggilan kak leha ,beliau merupakan juruteknik  , beliau ditugaskan oleh Encik Rozidi untuk memantau dan membantu saya sepanjang menjalani latihan industri di sana .Dibawah Ini merupakan laman utama Syarikat disini saya dapat melihat  produk atau sistem syarikat ,aktiviti syarikat dan disini pengguna boleh memuat turun sistem yang dikehendaki .

Selain itu,pada minggu pertama saya telah dibawa untuk mengikut salah seorang juruteknik membuat lawatan ke sekolah supaya saya dapat kenal pasti sistem yang di pasang di SMK Tunku Abdul Rahman disamping dapat melihat dan mendengar cara penerangan kepada pihak sekolah.



                                                                                   


*Kemahiran yang saya perolehi , harus mempunyai inisiatif untuk mencari sendiri dan menunjukkan minat dalam sesuatu pekara, selain itu harus bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan dan situasi disamping bagaimana cara untuk mengetahui sistem yang digunakan.

 


*Impak dan Kesannya , banyak maklumat yang saya perolehi dan faham apabila melayari website dan saya dapat belajar serba sedikit tentang bagaimana untuk install sistem di sekolah.

Tuesday, 1 December 2015

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI



 Bab 2 bekaitan ringkasan aktiviti latihan industri ini akan menerangkan berkaitn rumusan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri di organisasi tertentu sama ada kerjaan ataupun swasta. Rumusan ini dibuat bermula dari minggu pertama hingga minggu ke-20. 

Saya Muhammad Haziq Bin Mohd Azrin dari Politeknik Balik Pulau , Saya telah memohon untuk menjalani latihan industri saya di NVE Solutions .
Saya telah diserahkan kepada Puan Siti Zaleha selaku Juruteknik , yang menjadi penyelia selama saya menjalani latihan industri. Saya telah diberi tugas untuk membantunya membuat kerja serta membantu kakitangan lain. Banyak pengalaman yang saya perolehi ketika membuat latihan industri di sini. 

Antara tugasan yang saya lakukan ialah : 

  • Mengemas Pejabat mengikut sistem 5S
  • Mengasingkan gambar pelajar mengikut kelas. 
  • Memuat naik data pelajar ke dalam sistem
  • Mencari Nama dan Alamat Sekolah Di sekitar Pulau Pinang , Kedah dan Selangor .
  • Melekat Nama dan Alamat sekolah yang telah siap diprint .
  • Tugasan Luar melawat Pelanggan ,pergi ke sekolah sekolah untuk tujuan penyelenggaraan sistem dan menyelesaikan masalah .
  • Memuat naik gambar pelajar dan guru ke dalam sistem 
  • Menghubungi pihak sekolah untuk mengaturkan temujanji dengan pihak sekolah.
  • Membuat tempahan barang keperluan pejabat 
  • Mengemaskini dan Menyusun semula laporan tahunan syarikat .