Saturday, 19 March 2016

MINGGU TUJUH BELAS

Praktikal Minggu Ketujuhbelas ( 19-23 Mac 2016 ) 

Assalamualaikum , Ini merupakan Minggu ketujuhbelas saya berada di NVE Solutions , Tugasan saya pada minggu ini adalah  : 

* Menghubungi pihak sekolah - Tujuannya adalah untuk mengaturkan temujanji dengan pihak 
                                                      sekolah  sebelum pergi kesekolah untuk tujuan pemasangan    
                                                      atau  penyelenggaraan . 

* Membuat dan Menyemak senarai barang - Membuat senarai barang yang telah habis dan  
                                                                           perlu  dibuat  tempahan yang baru .



menulis nama sekolah yang perlu dibuat temu janji

Kemahiran yang saya perolehi , mempelajari cara untuk mengatur janji dengan pihak luar dan cara ururusan berkaitan dengan kewangan

Impak dan Kesannya ,cara komunikasi dengan betul adalah penting dalam berhubung sama ada dalam telefon mahupun secara berhadapan.

Friday, 11 March 2016

MINGGU ENAM BELAS

Praktikal Enam Limabelas ( 14 -18 Mac 2016) 


Assalamualaikum , Tanpa saya sedar sudah 5 bulan saya berada di Syarikat NVE Solution , komunikasi antara saya dan staf lain semakin rapat ini membuatkan saya lebih selesa dan seronok berada sini . Pada minggu ini jugak merupakan hari raya aidiladha Encik Rozidi telah memberikan cuti semperna hari raya aidiladha selama dua hari iaitu dari 6 sehingga 7 oktober . 

Pada  oktober hari ini merupakan hari penting kepada saya  , ini merupakan hari penilaian latihan industri , seramai dua orang pensyarah dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ,Kulim Kedah datang ke pejabat untuk membuat penilaian . penilaian mengambil masa 30 minit , kedua dua pensyarah tersebut meminta untuk melihat buku laporan latihan industri saya dan juga kertas refleksi harian saya , selain itu mereka turut menemubual saya berkaitan tugasan yang diberikan serta perasaan saya berada di alam perkerjaan yang sebenar dan bagaimana cara untuk menghadapi dan berhadapan dengan masalah masalah .Setelah selesai mereka meminta peluang untuk berbincang  bersama Encik Rozidi . 


Selain itu Untuk tugasan pada minggu ini saya telah ke sekolah :

SMKA NIBONG TEBAL - Untuk menghantar invois kepada pihak sekolah dan mengambil 
                                              senarai nama  pelajar yang kehilangan kad .


SMK BERTAM PERDANA : Untuk memberikan latihan kepada guru perpustakan yang baru berkaitan cara penggunaan sistem , cara untuk memuat naik senarai dan jumlah buku . 


Kemahiran yang saya perolehi ialah , Cara untuk melayan tetamu atau pihak luar yang datang     
 ke syarikat .

Impak dan kesannya harus selalu bersedia untuk berhadapan dengan pihak luar apabila berkaitan dengan urusan kerja . 

MINGGU LIMA BELAS

Praktikal Minggu Lima Belas  ( 7-11 Mac 2016 ) 


Assalamualaikum , Sepanjang Minggu Ini yang merupakan minggu kelimabelas , saya bnyak menjalankan dan mengikuti staf yang lain untuk tugasan luar . Sepanjang minggu ini saya telah ke sekolah :


* SMA AL - MASRIYAH .
   Tujuan kami kesana untuk memberikan taklimat berkaitan cara penggunakan sistem EKK yang merupakan sistem yang digunakan di perpustakaan .Dalam taklimat tersebut saya dapat mengetahui cara meminjam buku , memulangkan  buku dan untuk mendapatkan analisis buku . 

            - CARA MEMINJAM BUKU 
               * Mengambil masa 3 saat : Scan kad pelajar 
                                                       : Scan Buku 
                                                       : Scan Menu 
                                                       : Selesai 
                   
               - CARA MEMULANGKAN BUKU 
                  * Mengambil masa 1 saat  : Scan Buku 
                                                           Selesai 
             
                - CARA MENDAPATKAN ANALISIS
                    : Sistem Ekk
                    : Laporan 
                    : Analisis koleksi
                    : Jumlah 
                    : Cetak 

 
  Ini merupakan alat yang digunakan untuk scan kad semasa urusan meminjam dan memulangkan buku .


Selain itu , kami dan staf yang lain telah mengikut Encik Rozidi ke Taman Nilam Sari Sungai Petani untuk berjumpa dengan Programmer luar yang membuat sistem untuk Syarikat , perjumpaan ini adalah untuk menambah baik sistem ETIME selepas menerima aduan dari pihak sekolah .Setelah hampir 3 jam berbincang akhirnya sistem baru telah pun siap running .
                                           
Kemahiran yang saya perolehi , mencatat perkara penting semasa perbincangan.

Impak dan Kesannya , Team Work atau kerjasama antara staf adalah penting kerana jatuh bangun sesebuah syarikat adalah bergantung kepada pekerjanya . Selain itu juga , setiap masalah boleh dapat diselesaikan melalui perbincangan .

Friday, 4 March 2016

MINGGU EMPATBELAS

Praktikal Minggu Ke EmpatBelas (29 Februari-4 Mac 2016 ) 

Assalamualaikum , Pada minggu ke tigabelas saya ke SMK Sri Kenari , sebelum pergi kesana saya ditugaskan untuk menetapkan tarikh temujanji dengan pihak sekolah , tujuan kesana untuk memperkenalkan sistem dan faedah yang dapat diperolehi apabila menggunakannya . Selepas berbincang kami memberikan senarai sebut harga dan brosur untuk memudahkan pihak sekolah berbincang dan meminta pihak sekolah menghubungi pihak syarikat semula sekiranya berminat  .

Selain itu , Saya turut membantu dan berlajar untuk mendesign kad ini bukannya satu kerja yang mudah kerana memerlukan kesabaran kerana permintaan design dari setiap sekolah adalah berbeza , ini juga memerlukan ketelitian berkaitan warna latar belakang kad , jenis tulis , dan gambar . 



                                                        Bahagian Belakang Kad .

Kemahiran yang saya perolehi , Kemahiran menggunakan adobe photoshop untuk mendesign kad. 

Impak dan Kesannya , Dapat mempelajari cara untuk mendesing kad .