Friday, 29 January 2016

MINGGU SEPULUH


Praktikal Minggu Kesepuluh (25 -29 Januari 2016) 

Assalamualaikum Ini merupakan Minggu Kesepuluh saya menjalani latihan industri  , pada minggu ini saya diberikan tugasan yang baru memotong kad guru dan pelajar yang telah siap dicetak. Untuk memotong kad , memerlukan alat pemotong had yang direka khas untuk kad . 

Selain Itu , tugasan saya menombor dan mengasingkan kad pelajar yang berjumlah 340 , saya mengasingkan kad kad tersebut mengikut kelas dan tingkatan . 

Disamping itu tugasan luar pada minggu ini pula ke SMK Air Merah , Kulim untuk mengambil data dan  gambar pelajar .Selain itu , saya turut membantu kerani mengaturkan dan menghubungi SK Bukit Gelugor untuk mengatur temujanji. 


                                       Ini merupakan alat yang digunakan untuk memotong kad .



                                                   Cara cara untuk memotong kad 

Kemahiran yang saya perolehi ,kemahiran memotong kad dan cara untuk menggunakan alat pemotong . 

Impak dan Kesannya , Saya harus berhati hati semasa menggunakan alat pemotong kerana untuk mengelakkan sebarang kemalangan .

Friday, 22 January 2016

MINGGU SEMBILAN

 Praktikal Minggu kesembilan (18 -22 Januari 2016)

 Assalamualaikum Kini telah masuk minngu kesembilan saya disini , Pada Mingggu ini tugasan saya lebih banyakk berada diluar berbanding minggu kebiasaan pada minggu ini saya telah ke sekolah :

* SK Batu Ferringhi - Tujuan saya kesini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan  
                                     sistem sedia yang merupakan produk syarikat kami seperti sistem ESAS , 
                                     ETIME  dan  EKutub Khanah . 

* SK Pendidikan Khas Tanjung Bungah : Tujuan saya kesini adalah untuk mengambil gambar  
                                                                     pelajar dan  guru dari pihak sekolah , sekolah ini telah  
                                                                     menggunakan   perkhidmatan sistem syarikat NVE  
                                                                     hampir 3 tahun lalu pihak  sekolah ingin memperbaharui 
                                                                     kad dengan menggunakan design yang baru .

* SMK Seberang Jaya : Tujuan saya kesini adalah untuk mengambil gambar  pelajar dan guru  
                                            yang baru  bertukar dan pindah ke SMK Seberang Jaya .



Kemahiran yang saya perolehi ialah menggunakan kamera DSLR  untuk mengambil gambar . 

Impak dan kesannya, Perlu peka dengan kehendak pelanggan untuk memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan .


Praktikal Minggu Kelapan ( 18 - 22 Januari 2016 )

Assalamualaikum Minggu ini merupakan minggu kelapan saya berada di syarikat NVE Solutions , pada minggu ini tugasan luar ialah ke sekolah SMKA Nibong Tebal , tujuan kesana adalah untuk pemasangan tempat pengimbas kad pelajar kerana pihak sekolah telah membeli sistem ESAS , ini merupakan sistem kedatangan pelajar , sistem ini akan membantu guru guru merekod kehadiran pelajar ke sekolah , pihak sekolah boleh melihat jumlah pelajar yang hadir ke sekolah , dengan mengunakan sistem ini aktiviti merekod lebih mudah dijalankan . pelajar cuma perlu menyentuh kad pelajar di tempat pengimbas kad , selesa kad disentuh nama pelajar akan dipaparkan pada tv lcd yang dipasang . 



  contoh : Ini merupakan tempat pengimbas kad pelajar dan guru , pelajar dan guru yang hadir kesekolah perlu melalui tempat ini dan menyentuh kad pada alat pengimbas tersebut , kehadiran dan kelewatan akan terus direkod , pengentua sekolah boleh terus melihat bilang pelajar dan kurus yang hadir atau lewat ke sekolah . 

Kemahiran yang diperolehi  , cara untuk setting alat pengimbas kad dan install sistem ke dalam PC . 
Impak dan Kesannya , Mengetahui cara sistem berfungsi . 

Friday, 15 January 2016

Praktikal Minggu Ketujuh ( 11-15 Januari 2016 ) 

 Assalamualaikum kini telah tujuh minggu saya menjalani Latihan Industri di Syarikat NVE solution , Alhamdulilah Setelah hampir seminggu bercuti , apabila Syarikat mula beroperasi seperti biasa tugasan diberikan agak banyak dan saya perlu lebih cekap mengatur masa Untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Encik Rozidi dan Cik Zaleha kerana kedua duanya perlu disiapkan dalam peruntukkan masa yang diberikan .

Pada Minggu Ini Saya mengikut Staf membuat tugasan luar seperti biasa kesekolah yang terlah menetapkan temujanji dengan kami , minggu ini kami telah ke sekolah SK Taman Senangan Butterworth . Tujuan kami dipanggil oleh pihak sekolah kesana adalah untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan cara penggunaan sistem E-Time kepada guru perpustakaan yang baru bertukar ke sekolah tersebut .

Selain itu , Tugasan utama saya masih dilakukan Seperti Mengecilkan saiz gambar guru dan pelajar , Melekatkan gambar perlajar pada kertas A4 untuk discan  dan yang terakhir memuat naik gambar pelajar ke dalam sistem EKutub Khanah .



                                                                  Contoh  :
   Ini merupakan cara mengecilkan saiz gambar dari ukuran biasa dikecilkan untuk digunakan pada kad .

Kemahiran yang saya perolehi , Mengecilkan saiz gambar selain itu melihat cara taklimat penggunaan sistem diberikan 

Impak dan Kesannya , dapat berjumpa dengan pelajar dan itu merupakan satu jenis cara komunikasi dan pergaulan sosial . 

Friday, 8 January 2016

MINGGU ENAM

Praktikal Minggu Keenam (4-8 Januari 2016) 

 Assalamualaikum , Alhamdulilah kini telah Masuk Minggu keenam saya di NVE  pada minggu ini
saya telah ditugaskan untuk mencari data dan maklumat sekolah sekolah di negeri Perak yang mana masih tidak memasang sistem yang disediakan oleh kami untuk membuat temu janji bagi menerangkan lebih terperinci tentang sistem.


Senarai nama sekolah di Perak

Selain itu saya juga mengawal sistem yang diguna pakai oleh sekolah melalui software Team ViewerII untuk berhubung melalui komputer ke komputer yang lain



Kemahiran yang saya perolehi , Mempelajari cara menggunakan Software Team Viewer . 

Impak dan Kesannya , Dapat Melihat cara  untuk berhubung dengan pelanggan jarak jauh .