Saturday, 16 April 2016

KESIMPULAN


Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Sijil Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi  Malaysia. Melalui Latihan Industri ,pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan  kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.

Setelah hampir enam bulan menjalani latihan industri bermula 31 November 2015 dan berakhir pada 15  April 2016 berbagai yang saya telah tempuhi dan pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi .  saya turut berpeluang mempratikkan sebahagian perkara yang dipelajari, sama ada secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini.  Namun demikian, di kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja.  Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum.  Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi keutamaan.

Selain Itu , jika sebelum ini saya hanya mempunyai keyakinan untuk membentangkan sesuatu perbincangan hanya di hadapan rakan kelas tetapi kini In sha allah saya telah  mampu untuk membentangkan dihadapan staf dan Encik Rozodi ini bermakna keyakinan saya telah meningkat walaupun saya hanya pelatih politeknik disini , tetapi mereka amat mudah menerima saya didalam keluarga NVE Solutions dan memberi layanan yang sangat baik kepada saya . Ini dapat memudahkan saya berinteraksi dengan semua golongan pekerja , memudahkan saya menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam  suasana perkerjaan . Keadaan sedemikian telah banyak membantu ke arah pembinaan satu personaliti yang positif  dalam diri saya . Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana kini saya percaya saya mampu melakukan sesuatu kerja yang diarahkan sambil mematuhi segala peraturan yang ditetapkan . Ciri - ciri ini adalah penting dan amat diperlukan dalam diri setiap pekerja ,tidak dapat dinafikan  latihan industri ini amat membantu dalam menyediakan diri saya bagi menempuhi alam pekerjaan setelah tamat pengajian nanti. Selain itu disini juga saya telah mempelajari cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan dan golongan disyarikat ini  , ini adalah amat penting untuk memudahkan sesuatu tugasan diselesaikan sebaik mungkin , kerana sebagai Pelajar kita di hantar menjalani latihan industri adalah untuk belajar dengan orang lebih berpengalaman ,oleh itu kita haruslah bersedia untuk belajar,selalu bertanya dan menerima teguran serta hormat kepada mereka. 

Selain itu ,  sikap disiplin diri telah berjaya dibentuk iaitu mematuhi peraturan sebagai warga NVE dan kerjayaan yang besar dapat diubah dalam diri pelajar adalah ketepatan masa, jika di politeknik pelajar sering lambat ke kuliah dan hanya dikenakan amaran namun jika berlaku di alam pekerjaan pelajar mungkin akan dipotong gaji atau mungkin hilang pekerjaan .  Nilai - nilai murni  tentang kerjasama , kerajinan , kebijaksaan , hormat-menghormati yang telah disemai sejak di politeknik Balik Pulau kini terus dapat bercambah dan tumbuh dengan baik dalam diri pelajar apabila sekali lagi diberi dan diamalkan di NVE . 
Walaupun Latihan Industri ini diwajibkan namun bukan semua pelajar bersedia untuk menjalaninya tetapisetelah menjalaninya hampir enam bulan , pulangannya adalah amat besar untuk pelajar, pelbagai perkara yangbaru yang dapat dipelajari dan yang paling mahal dan bermakna adalah kenangan dan pengalaman yang dicipta dan tempuh semasa menjalani latihan , Menurut pengalaman sendiri , saya mulanya tidak bersedia dan tidak berminat namun apabila sudah enam bulan saya menjalani saya merasa sangat beruntung kerana mendapat ilmu pengetahuan dan dapat menambah kenalan.
 




Akhir kata , saya ingin  mengucapkan rasa bersyukur yang tidak terhingga dan melahirkan rasa bangga kerana telah berjaya menamatkan latihan industri di Syarikat NVE Solutions , sekaligus berjaya menjaga nama baik pihak politeknik Balik Pulau . Maka , saya amatlah berharap pihak Politeknik - Politeknik Malaysia  akan meneruskan Program  Latihan perindustri  kerana dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang professional yang berkemahiran dan mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang kerja . 

Kesimpulannya , Perindustrian dan Teknologi dinegara semakin berkembang pesat bak cendawan yang tumbuh selepas hujan , Jadi tenaga kerja yang mahir amatlah diperlukan .  Generasi muda seperti kami merupakan tenaga kerja mahir yang akan lahir pada masa hadapan . Justeru ,hubungan baik dan kerjasama antara pihak perindustrian dengan pihak pengajian tinggi haruslah dijaga baik dan diteruskan dalam usahasama untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti selari dengan permintaan pasaran dunia .

DAPATAN DAN CADANGAN

DAPATAN  

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan di syarikat NVE Solutions sepanjang enam bulan  menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang;

  •  Persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar .
  • Dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul.
  • Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama dengan staff-staff dengan baik.
  • Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.       


                             CADANGAN KEPADA FIRMA


Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.  Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan kepada firma;

    -Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program latihan industri. 
    -Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.
    -Meningkatkan keselamatan pekerja seperti memberi kursus OSHA.
    -Berkaitan isu elaun banyak syarikat menggunakan alasan ' pelajar akan menjadi malas untuk datang dan membuat tugasan yang diberikan sekiranya diberikan elaun ' . Disini saya sebagai pelajar ingin menegaskan bahawa bukan kerana diberi elaun atau tidak  , atau jumlah elaun yang perlu dipertikaikan tetapi diri pelajar yang menjalani latihan itu sendiri . Saya merasakan tidak adil bagi pelajar yang mempunyai pontensi , serta pelajar yang mempunyai disiplin yang baik , Sepanjang menjalani latihan selama enam bulan makan minum , transport dan kos hidup yang meningkat semuanya menggunakan wang , agak tidak adil bagi kami sebagai pelajar kerana kerja yang dilakukan sama seperti staf yang dibayar gaji . Mohon setiap syarikat akan mempertimbangkan semula hal berkaitan elaun latihan industri .
    -Pihak syarikat diminta mengambil perkhidmatan clearner , kerana di sini saya dan staf terpaksa bergilir gilir mengemas dan mencuci , sedangkan kami diberikan tugasan yang lain dan diberikan tempoh penyerahan tugas .                                                                       
                                                
                      CADANGAN KEPADA POLITEKNIK 
    Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai.  Daripada latihan ini saya ingin membuat cadangan serta saranan kepada Politeknik Balik Pulau ;

    -Pensyarah Politeknik Balik Pulau harus memberi pemantauan dan sokongan yang lebih kerap terhadap pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri kerana mungkin terdapat masalah yang di hadapi pelajar memandangkan pelajar masih belum bersedia di alam pekerjaan.          
      
    -Ada baiknya pelajar Politeknik menjalani latihan industri di penghujung semester pengajian.Berdasarkan respon daripada pihak syarikat,mereka keberatan untuk memberi latihan atau pendedahan kepada pelajar kerana pelajar tersebut belum tamat pengajian(suatu usaha yang membazir-setelah pelatih dilatih sehingga mahir,mereka meninggalkan syarikat dan kembali ke kampus untuk menyambung pengajian) dan enam bulan yang berlalu menghasikan komunikasi yang baik antara staf dan pelajar , pihak syarikat akan merasa kehilangan antara staf  .

    Thursday, 14 April 2016


    DEDIKASI DAN PENGHARGAAN

    Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan laporan akhir latihan industri ini. Kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang banyak membantu saya dalam menguruskan hal berkaitan dengan latihan industri dan di atas segala pengorbanan pensyarah yang membantu saya menjalani latihan industri dalam keadaan yang sempurna.

    Tidak lupa juga kepada Pengarah Nve Solutions Encik Rozidi dan pembantu pengarah  serta Puan Zaleha Senior Technician kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di NVE Solutions yang telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar dalam segala ilmu yang dicurahkan. 

    Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pelajar senior Politeknik Balik Pulau serta sahabat-sahabat yang telah membantu serba sedikit semasa saya menjalani latihan industri dan dalam penulisan laporan akhir latihan industri.

    Terima kasih

    Tuesday, 12 April 2016

    MINGGU DUA PULUH

    Praktikal Minggu Ke Dua Puluh  ( 11-15 April 2016 )

    Assalamualaikum , Alhamdulilah tamatnya minggu ini maka tamat lah jugak Latihan industri saya di Syarikat NVE , Tugasan akhir saya disini ialah Mengemas pejabat dan bilik stor , kerana barang barang yang di buat tempahan telah pun sampai , Untuk Mengemas pejabat dan bilik stor saya mengunakan prinsip 5S yang telah diajar ketika di Politeknik Balik Pulau . 

    5S mempunyai 5 prinsip : sisih
                                               Seragam
                                               Susun 
                                               Sapu 
                                               Sentiasa Amal  



                  
                                                                  Mengemas bilik stor kedua .

    Selain itu , saya juga ditugaskan untuk mengira tali dan casing kad , mengikut jumlah pelajar dalam satu kelas dan setiap kelas . Setiap tingkatan dibahagikan mengikut warna tali yang berbeza .




                                                            Mengira  Tali dan casing kad 


    Disamping itu juga , saya turut menyemak senarai nama pelajar yang sudah mempunyai kad atau belum mendapat kad , Senarai nama yang menggunakan microsoft excel perlu dihighlight untuk menunjukkan jumlah pelajar yang suda mempunyai kad .




                                    Highlightkan  nama pelajar yang suda mempunyai kad . 


    Kemahiran yang saya perolehi pada minggu ini ialah kemahiran menggunakan microsoft excel dan saya turut dapat mempraktikan sistem 5S .


    Impak dan kesannya , Kita harus sentiasa memastikan tempat kerja berada di dalam keadaan yang selamat dan selesa untuk berkerja . 

    LAPORAN TEKNIKAL



    LAPORAN TEKNIKAL  



     Assalamualaikum 
    Selama saya berada disini menjalani latihan industri antara tugasan yang saya lakukan adalah seperti mendesign kad , Memotong kad , dan Memuat naik data pelajar ke dalam sistem . 

                                           

                            MENDESIGN KAD PELAJAR .


      Mendesign kad pelajar untuk sesebuah sekolah yang baru menggunakan sistem syarikat adalah  bergantung kepada jumlah pelajar atau hanya mengikut jumlah permintaan pihak sekolah berkemungkinan hanya untuk pelajar yang kehilangan kad . 

     Apabila Pihak Sekolah telah bersetuju untuk menggunakan sistem syarikat NVE Solution 

    Langkah 1 : Pihak sekolah akan menerima 2 keping Borang Design kad yang membolehkan guru memilih design bahagian depan dan belakang kad .  . 























     Merupakan Borang design bahagian muka belakang kad.

















    Langkah 2 : Setelah Pihak sekolah selesai memilih design muka depan dan belakang kad  , saya akan mula mendesign kad tersebut , untuk mendesign kad saya menggunakan Adobe Photoshop saya akan memasukkan warna background yang diminta , logo , lambang , jawatan dan maklumat pelajar atau guru .  


                                                                  Cara untuk mendesign kad 

     Langkah 3 :  Setelah  siap mendesign kad , Pihak syarikat akan emailkan 2 contoh kad yang telah siap kepada pihak sekolah sebelum kad dicetak . 






                                        contoh : 2 design yang akan di emelkan kepada pihak sekolah 


    Lagkah 4 : Setelah berpuas hati dengan design yang dibuat pihak sekolah akan faks kan semula design yang dipilih untuk dicetak . 


             Ini Merupakan contoh design yang telah dipilih dan difaks semula dan perlu dicop dan  
                                                            ditanda tangan oleh pihak sekolah. 

    Langkah 5 : Setelah menerima faks dari pihak sekolah saya akan mencetak design kad keatas PVC Card . 









     Design Kad yang Dipilih akan dicetak keluar . 



      


     Alat Untuk Mencetak kad 



















     Alat yang digunakan untuk memotong kad yang telah siap dicetak .     

      

    Langkah 6 : Kad yang telah siap dicetak akan di letak dan discankan bersama sama kad RFID . 



    Langkah 7 : Selesai tugasan mendesign kad .

                          


                      MEMUAT NAIK DATA PELAJAR KE DALAM SISTEM  

    Selain itu saya turut menjalankan tugasan memuat naik data pelajar ke dalam sistem Ekutub Khanah (EKK ) sistem ini merupakan sistem automasi . Tugasan memuat naik data ini dijalankan kerana dua sebab yang pertama memuat naik data pelajar atau guru yang baru masuk ke sekolah , kedua kerana pihak sekolah ingin memperbaharui data pelajar . 

    Langkah 1 : Klinik Icon EKK pada desktop . 


    Langkah 2 : Masukkan NAMA SEKOLAH dan KATALALUAN  yang telah disetkan, setiap sekolahmempunyai kata laluan yang berbeza . 


       Langkah 3 : Memasukkan data seperti Nama , No I/C , Jawatan , Status , Tingkatan , kelas . 

    Data yang diberikan oleh pihak sekolah .

                         Memasukkan data ke dalam sistem yang diambil dari Microsoft Excel .


    Langkah 4 : Setelah selesai memuat naik data dan simpan data , langkah seterusnya memasukkan gmbar pelajar ke dalam database . Untuk memudahkan tugasan mencari data untuk memasukkan gambar , copy no I/C kemudian paste ke ruangan no I/C secara automatik data pelajar atau guru akan muncul . 









     
                 Koleksi gambar yang diberikan oleh pihak sekolah untuk dimuat naik kedalam sistem 



      Setelah selesai memasukkan data dan memuat naik gambar , tekan icon simpan untuk             
                             mengakhiri  proses memuat naik data pelajar dan guru . 

    Saturday, 9 April 2016

    MINGGU SEMBILAN BELAS

    Praktikal Minggu Kesembilan belas (4 -9April 2016) 

    Assalamualaikum , Kini telah masuk bulan keenam saya berada disini banyak pahit manis yang telah saya lalui bersama staf NVE dan banyak pengalaman serta peluang yang saya perolehi sepanjang disini .

    Pada Minggu ini Encik Rozidi meminta saya menyemakk semula semua resit pembayaran dan penyata akaun , dan juga saya perlu menyediakan laporan kewangan syarikat yang bertarikh dari 31 Julai 2014-30 Jun 2015






    Penyata kewangan syarikat 31 Julai 2014 - 30 Jun 2015

    Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini , Saya dapat belajar format dan cara untuk menyediakan laporan kewangan syarikat . 


    Impak dan kesannya , didalam sesebuah syarikat atau intitusi laporan kewangan adalah penting supaya kita dapat mengira jumlah yang telah kita keluarkan  , dan pulangan yang kita perolehi selain itu jugak untuk memastikan tidak berlakunya penyelewangan di dalam syarikat. 

    Friday, 1 April 2016

    MINGGU LAPANBELAS

    Praktikal Minggu KeLapanbelas (28 Mac-1 April 2016)

    Assalamualaikum , 

    Ini merupakan minggu kelapanbelas saya berada di NVE solutions pada minggu ini Tugasan yang diberikan agak berkurangan , pada minggu ini tugasan yang dilakukan adalah saya membuat temujanji dengan pihak sekolah untuk mengambil bayaran untuk sistem penyelenggaraan dan pemasangan sistem yang telah dijalankan sebelum ini .



                                 Senarai nama sekolah yang dihubungi untuk mengambil bayaran .

    Kemahiran yang  saya dapat pada minggu ini , Cara untuk mengaturkan temujanji dengan pihak luardan saya jugak mendapat sedikit pengalaman apabila urusan yang berkaitan dengan wang 

    Impak dan kesan , Cara berkomunikasi dengan betul seperti panggilan dan jawatan yang betul perlu digunakan semasa berkomunikasi . 

    Saturday, 19 March 2016

    MINGGU TUJUH BELAS

    Praktikal Minggu Ketujuhbelas ( 19-23 Mac 2016 ) 

    Assalamualaikum , Ini merupakan Minggu ketujuhbelas saya berada di NVE Solutions , Tugasan saya pada minggu ini adalah  : 

    * Menghubungi pihak sekolah - Tujuannya adalah untuk mengaturkan temujanji dengan pihak 
                                                          sekolah  sebelum pergi kesekolah untuk tujuan pemasangan    
                                                          atau  penyelenggaraan . 

    * Membuat dan Menyemak senarai barang - Membuat senarai barang yang telah habis dan  
                                                                               perlu  dibuat  tempahan yang baru .



    menulis nama sekolah yang perlu dibuat temu janji

    Kemahiran yang saya perolehi , mempelajari cara untuk mengatur janji dengan pihak luar dan cara ururusan berkaitan dengan kewangan

    Impak dan Kesannya ,cara komunikasi dengan betul adalah penting dalam berhubung sama ada dalam telefon mahupun secara berhadapan.

    Friday, 11 March 2016

    MINGGU ENAM BELAS

    Praktikal Enam Limabelas ( 14 -18 Mac 2016) 


    Assalamualaikum , Tanpa saya sedar sudah 5 bulan saya berada di Syarikat NVE Solution , komunikasi antara saya dan staf lain semakin rapat ini membuatkan saya lebih selesa dan seronok berada sini . Pada minggu ini jugak merupakan hari raya aidiladha Encik Rozidi telah memberikan cuti semperna hari raya aidiladha selama dua hari iaitu dari 6 sehingga 7 oktober . 

    Pada  oktober hari ini merupakan hari penting kepada saya  , ini merupakan hari penilaian latihan industri , seramai dua orang pensyarah dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ,Kulim Kedah datang ke pejabat untuk membuat penilaian . penilaian mengambil masa 30 minit , kedua dua pensyarah tersebut meminta untuk melihat buku laporan latihan industri saya dan juga kertas refleksi harian saya , selain itu mereka turut menemubual saya berkaitan tugasan yang diberikan serta perasaan saya berada di alam perkerjaan yang sebenar dan bagaimana cara untuk menghadapi dan berhadapan dengan masalah masalah .Setelah selesai mereka meminta peluang untuk berbincang  bersama Encik Rozidi . 


    Selain itu Untuk tugasan pada minggu ini saya telah ke sekolah :

    SMKA NIBONG TEBAL - Untuk menghantar invois kepada pihak sekolah dan mengambil 
                                                  senarai nama  pelajar yang kehilangan kad .


    SMK BERTAM PERDANA : Untuk memberikan latihan kepada guru perpustakan yang baru berkaitan cara penggunaan sistem , cara untuk memuat naik senarai dan jumlah buku . 


    Kemahiran yang saya perolehi ialah , Cara untuk melayan tetamu atau pihak luar yang datang     
     ke syarikat .

    Impak dan kesannya harus selalu bersedia untuk berhadapan dengan pihak luar apabila berkaitan dengan urusan kerja . 

    MINGGU LIMA BELAS

    Praktikal Minggu Lima Belas  ( 7-11 Mac 2016 ) 


    Assalamualaikum , Sepanjang Minggu Ini yang merupakan minggu kelimabelas , saya bnyak menjalankan dan mengikuti staf yang lain untuk tugasan luar . Sepanjang minggu ini saya telah ke sekolah :


    * SMA AL - MASRIYAH .
       Tujuan kami kesana untuk memberikan taklimat berkaitan cara penggunakan sistem EKK yang merupakan sistem yang digunakan di perpustakaan .Dalam taklimat tersebut saya dapat mengetahui cara meminjam buku , memulangkan  buku dan untuk mendapatkan analisis buku . 

                - CARA MEMINJAM BUKU 
                   * Mengambil masa 3 saat : Scan kad pelajar 
                                                           : Scan Buku 
                                                           : Scan Menu 
                                                           : Selesai 
                       
                   - CARA MEMULANGKAN BUKU 
                      * Mengambil masa 1 saat  : Scan Buku 
                                                               Selesai 
                 
                    - CARA MENDAPATKAN ANALISIS
                        : Sistem Ekk
                        : Laporan 
                        : Analisis koleksi
                        : Jumlah 
                        : Cetak 

     
      Ini merupakan alat yang digunakan untuk scan kad semasa urusan meminjam dan memulangkan buku .


    Selain itu , kami dan staf yang lain telah mengikut Encik Rozidi ke Taman Nilam Sari Sungai Petani untuk berjumpa dengan Programmer luar yang membuat sistem untuk Syarikat , perjumpaan ini adalah untuk menambah baik sistem ETIME selepas menerima aduan dari pihak sekolah .Setelah hampir 3 jam berbincang akhirnya sistem baru telah pun siap running .
                                               
    Kemahiran yang saya perolehi , mencatat perkara penting semasa perbincangan.

    Impak dan Kesannya , Team Work atau kerjasama antara staf adalah penting kerana jatuh bangun sesebuah syarikat adalah bergantung kepada pekerjanya . Selain itu juga , setiap masalah boleh dapat diselesaikan melalui perbincangan .

    Friday, 4 March 2016

    MINGGU EMPATBELAS

    Praktikal Minggu Ke EmpatBelas (29 Februari-4 Mac 2016 ) 

    Assalamualaikum , Pada minggu ke tigabelas saya ke SMK Sri Kenari , sebelum pergi kesana saya ditugaskan untuk menetapkan tarikh temujanji dengan pihak sekolah , tujuan kesana untuk memperkenalkan sistem dan faedah yang dapat diperolehi apabila menggunakannya . Selepas berbincang kami memberikan senarai sebut harga dan brosur untuk memudahkan pihak sekolah berbincang dan meminta pihak sekolah menghubungi pihak syarikat semula sekiranya berminat  .

    Selain itu , Saya turut membantu dan berlajar untuk mendesign kad ini bukannya satu kerja yang mudah kerana memerlukan kesabaran kerana permintaan design dari setiap sekolah adalah berbeza , ini juga memerlukan ketelitian berkaitan warna latar belakang kad , jenis tulis , dan gambar . 



                                                            Bahagian Belakang Kad .

    Kemahiran yang saya perolehi , Kemahiran menggunakan adobe photoshop untuk mendesign kad. 

    Impak dan Kesannya , Dapat mempelajari cara untuk mendesing kad .

    Friday, 26 February 2016

    MINGGU KETIGA BELAS

    Praktikal Minggu Ketigabelas ( 22- 26 Februari 2016 ) 

    Assalamualaikum , Ini merupakan Minggu ketujuhbelas saya berada di NVE Solutions , Tugasan saya pada minggu ini adalah  : 

    * Menghubungi pihak sekolah - Tujuannya adalah untuk mengaturkan temujanji dengan pihak 
                                                          sekolah  sebelum pergi kesekolah untuk tujuan pemasangan    
                                                          atau  penyelenggaraan . 


    * Penyelenggaraan sistem secara online -  Penyelenggaran secara online ini dikenali sebagai  
                                                                           Software  Team Viewer ,  penyelenggaraan 
                                                                           dilakukan dengan sekolah yang jauh seperti  di  Sabah 
                                                                           dan Sarawak yang  menggunakan sistem Syarikat .
                                                                           Kali ini pihak sekolah  SK Bandar puchong pusat 2 
                                                                           meminta 
    staf  supaya  menyelenggara 
                                                                           sistem EKK yang  mengalami masalah . 




    * Membuat dan Menyemak senarai barang - Membuat senarai barang yang telah habis dan  
                                                                                 perlu  dibuat  tempahan yang baru .

    Team Viewer ini merupakan cara untuk menyelenggara dan berkomunikasi dengan pelanggan jauh seperti di sabah dan sarawak  .

    Kemahiran yang saya perolehi , Mempelajari cara menggunakan Software Team Viewer . 

    Impak dan Kesannya , Dapat Melihat cara  untuk berhubung dengan pelanggan jarak jauh .

    Friday, 12 February 2016

    MINGGU DUABELAS

     Praktikal Minggu Keduabelas  ( 8 - 12 Februari 2016 ) 

    Assalamualaikum , Ini merupakan minggu ke duabelas saya disini , Tugasan minggu ini mengaturkan temujanji untuk Encik Rozodi dengan pihak sekolah , Menjawab Panggilan Telefon  , Berurusan dengan kerani sekolah untuk mendapatkan data pelajar .Selain itu saya diajar menggunakan alat pengimbas kad RFID dan cara yang betul untuk mengimbas supaya dua orang pelajar tidak mempunyai kod RFID yang sama . 

             Contoh : Ini merupakan  alat pengimbas yang gunakan untuk mengimbas kad pelajar dan    
                             guru .Mesti dilakukan dengan penuh tumpuan supaya no RFID tidak tertindih . 

    Kemahiran yang saya perolehi , Saya dapat  mempelajari cara untuk menggunakan alat pengimbas kad RFID . 

    Impak dan kesannya , Harus fokus dalam melakukan tugasan kerana saya telah tersilap mengimbas kad , dua pelajar mengalami masalah kerana mempunyai no kad RFID yang sama .  

    MINGGU SEBELAS

    Praktikal Minggu Kesebelas (8-12 Februari 2016)

                                                                 Assalamualaikum , 
         Pada Minggu Ini tugasan luar saya ke SK Seberang Jaya 2 tujuan ke sana untuk menaik taraf sistem ETIME , sistem ini adalah sistem kedatangan guru  , PC disekolah ini mengalami masalah lalu kami ke sana untuk memuat naik semua dan backup data yang sedia ada .

     saya berpeluang untuk mengikut Encik Rozidi ke Komtar Tingkat 41 , untuk mendengar taklimat akta wang tidak  dituntut 1965 & (Pindaan ) 2002 . Taklimat ini bertujuan memperkenalkan akta wang tidak dituntut dimana syarikat syarikat harus memulangkan semula Akauntan Negara Malaysia , dengan mengikuti taklimat ini banyak maklumat baru yang saya perolehi . 

    Dan tugasan seperti  memuat naik data pelajar ke dalam sistem dan memotong kad pelajar masih saya lakukan . 




    Kemahiran yang saya perolehi , Mendapat pengetahuan yang baru berkaitan akta kewangan yang perlu dipatuhi oleh sesebuah syarikat .

    Impak dan Kesannya saya mendapat peluang untuk menghadiri taklimat yang dihadiri oleh pegawai pegawai yang memegang jawatan yang besar  dan itu merupakan pengalaman yang menarik untuk saya .

    Friday, 29 January 2016

    MINGGU SEPULUH


    Praktikal Minggu Kesepuluh (25 -29 Januari 2016) 

    Assalamualaikum Ini merupakan Minggu Kesepuluh saya menjalani latihan industri  , pada minggu ini saya diberikan tugasan yang baru memotong kad guru dan pelajar yang telah siap dicetak. Untuk memotong kad , memerlukan alat pemotong had yang direka khas untuk kad . 

    Selain Itu , tugasan saya menombor dan mengasingkan kad pelajar yang berjumlah 340 , saya mengasingkan kad kad tersebut mengikut kelas dan tingkatan . 

    Disamping itu tugasan luar pada minggu ini pula ke SMK Air Merah , Kulim untuk mengambil data dan  gambar pelajar .Selain itu , saya turut membantu kerani mengaturkan dan menghubungi SK Bukit Gelugor untuk mengatur temujanji. 


                                           Ini merupakan alat yang digunakan untuk memotong kad .



                                                       Cara cara untuk memotong kad 

    Kemahiran yang saya perolehi ,kemahiran memotong kad dan cara untuk menggunakan alat pemotong . 

    Impak dan Kesannya , Saya harus berhati hati semasa menggunakan alat pemotong kerana untuk mengelakkan sebarang kemalangan .

    Friday, 22 January 2016

    MINGGU SEMBILAN

     Praktikal Minggu kesembilan (18 -22 Januari 2016)

     Assalamualaikum Kini telah masuk minngu kesembilan saya disini , Pada Mingggu ini tugasan saya lebih banyakk berada diluar berbanding minggu kebiasaan pada minggu ini saya telah ke sekolah :

    * SK Batu Ferringhi - Tujuan saya kesini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan  
                                         sistem sedia yang merupakan produk syarikat kami seperti sistem ESAS , 
                                         ETIME  dan  EKutub Khanah . 

    * SK Pendidikan Khas Tanjung Bungah : Tujuan saya kesini adalah untuk mengambil gambar  
                                                                         pelajar dan  guru dari pihak sekolah , sekolah ini telah  
                                                                         menggunakan   perkhidmatan sistem syarikat NVE  
                                                                         hampir 3 tahun lalu pihak  sekolah ingin memperbaharui 
                                                                         kad dengan menggunakan design yang baru .

    * SMK Seberang Jaya : Tujuan saya kesini adalah untuk mengambil gambar  pelajar dan guru  
                                                yang baru  bertukar dan pindah ke SMK Seberang Jaya .



    Kemahiran yang saya perolehi ialah menggunakan kamera DSLR  untuk mengambil gambar . 

    Impak dan kesannya, Perlu peka dengan kehendak pelanggan untuk memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan .